Semporna Sabah :
Blogger : Rashid Kabod
PARTI PKR Cabang Semporna Sabah, parti tunggal sebagai pembangkang di Parlimen Semporna Sabah dan merupakan persaingan sengit diramalkan dalam Pilihan Raya Ke-13, bila - bila masa dari sekarang.
Sekarang dari semasa ke semasa Ketua Cabang yang baru, Encik Lokman bersama AJKnya, Pemuda dan Wanita sedang mengatur strategi yang mantap serta mencadangkan ke PKR Pusat, apakah strategi dan siapakah calon yang dipilih dan yang dijangka menang Pilihan Raya Kali ke-13, bila - bila masa dari sekarang.
Isu utama yang dibincangkan, 1. Bagaimana tumbangkan Datuk Seri Hj Mohd Shafie sebagai Ahli Parlimen Semporna Sabah yang sudah lama menyandang jawatan itu 2. Berusaha untuk tewaskan ADUN Senallang, Datuk Seri Hj Nasir yang dianggap oleh masyarakat / pengundi - pengundi parlimen semporna sebagai sisa - sisa REGIM TUN SAKARAN yang sangat perlu ditumbangkan demi mencetuskan kepimpinan Generasi Baru dalam era politik ADUN Senallang 3. Mencari inisiatif bagaimana menewaskan ADUN Bugaya, Datuk Ramlee, kenapa menang tanpa bertanding pilihan raya lepas, dan pada kali ini perlu sangat digantikan dengan YB BARU yang membawa kemajuan dan pembangunan seimbang di kawasan Bugaya tersebut, manakala ADUN Sulabayan, Datuk Hj Herman wajar ditewaskan, untuk memberi laluan politikal aspirant wakil dari kawasan kepulauan daerah semporna, yang memiliki background lulusan universiti yang berijajah, yang competent dalam zaman kontemporari ini.