Kota Kinabalu Sabah :
Blogger : Rashid Kabod
Dalam beberapa akhbar tempatan sabah, Datuk Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal, KKLW disebut sebagai berkata, " saya tidak gila kuasa " dan Datuk Rahim Ismail Ketua Bahagian UMNO Papar, disebut sebagai berkata, " banyak projek persekutuan disekat oleh pihak yang berkenaan di Sabah " Manakala YB Salleh Kalbi Ahli Parlimen Silam Lahad Tau Sabah, disebut sebagai berkata, " Lawatan Datu Seri Shafie memang wajar dan sangat penting bagi meninjau projek - projek KKLW dan untuk melihat sendiri keperluan - keperluan yang diutamakan pada masa ini.
YB Salleh menambah lagi, YB - YB atau Pemimpin - Pemimpin yang tidak sefahaman perlu sangat dipanggil oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbincangan sulit dan panggil serentak, jangan silih berganti demi kebaikan BN Negeri - Negeri untuk memperkasa PRU Ke-13, bila - bila masa dari sekarang dan untuk tewaskan parti pembangkang secara total. Katanya lagi, " saya sendiri tidak sehaluan dengan ADUN Lahad Datu, YB Datuk Nasrum "
ULASAN RKPSS : Artikel tersebut mempamerkan adanya krisis dalam dalaman BN & UMNO Sabah, diperingkat kepimpinan tertinggi, yang mana YAB Perdana Menteri penting sangat kenal pasti dan jika perlu di selesaikan secepat mungkin dengan strategi profesional, jika tidak matikan sahaja politiknya dengan cara jangan pilih lagi sebagai calon PRU KE-13, which around the corner.