Semporna Sabah :
Blogger : Rashid Kabod
Parti Keadilan (PKR) merupakan parti tunggal sebagai pembangkang dalam Parlimen Semporna tersebut, senario kebangkitan PKR Cabang Semporna, sempena pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) 2010, Cabang PKR Semporna Sabah telah mengubah secara total kepimpinan PKR Semporna yang diketuai oleh Hj Abdul Mohd Wahab Bin Datuk Pg Abdullah sekian lama.
Keputusan muktamad pemilihan Ketua Wanita dan Pemuda diperolehi tanpa bantahan. Manakala keputusan pemilihan Ketua Cabang dan AJK nya, masih belum muktamad, bagaimanapun keputusan tidak rasmi itu mempamerkan tersingkirnya Hj Abdul Wahab tersebut bersama AJK line-up nya.
Keputusan sementara itu, Encik Lokman Bin Ureh bersama AJK line-upnya mendakwa mereka yang menang dan sah sebagai pemimpin Ketua Cabang Semporna tersebut. Tiba - tiba muncul pula Encik Piramlee Bin Berahim bersama AJK line-upnya mengaku menang dan membuat bantahan sampai ke peringkat Keadilan Negeri Sabah, akibatnya kira undi semula dilakukan di Ibupejabat PKR Negeri Sabah.
Keputusannya digantung lagi menunggu keputusan muktamad dari Kuala Lumpur, akibat sekali lagi bantahan bertubi - tubi dari Encik Piramlee tersebut.
Bagaimanapun, sebelum keputusan muktamad dikeluarkan oleh Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat (JPP) Kuala Lumpur, Encik Piramlee mengaku dirinya sebagai Ketua Cabang Semporna Sabah yang sah, seperti yang tersiar dalam facebooknya.
Sementara kekecohan berlaku dalam pemilihan Ketua dan AJK Cabang Semporna Sabah, mantan Ketua PKR Cabang Semporna Tuan Hj Abdul Wahab Bin Datuk Pg Abdullah telah menghantar surat laporan lengkap kekecohan dan penyelewengan pemilihan tersebut dan meminta pemilihan ulangan, akhirnya pemilihan ulangan dibuat dalam bulan Mei, 2011 baru - baru ini.
Oleh yang demikian, keputusan yang telah diperolehi line-up Encik Lokman dan AJKnya yang menang secara keseluruhannya. Rujukan : Blog PKR Cabang Semporna Sabah.